Make your own free website on Tripod.com

X-SMKAM

2779348033599l.jpg

selamat datang!

smk agama matang
lembaran baru , azam baru , 2007

Home | MUTIARA KATA | Becoming a Member | Contact Us | Members Page | Newsletter
SEJARAH KAMI

SMK Agama Matang ditubuhkan pada tahun 1985
di Gedong, Serian dengan nama SMK Agama Gedong.
SMK Agama Matang ditubuhkan berkat usaha
Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu,
YB Tuan Haji Bujang Bin Haji Ulis.

SMK Agama Gedong ketika penubuhannya adalah
menumpang di SMK Gedong.Pengetua pertama ialah
En. Wan Mohd Madehi Bin Wan Ali. Penolong Kanannya
ialah Ustaz Bujang Kassim Bin Hj. Mangu.
Pada peringkat awal penubuhan, hanyaterdapat
6 orang guru (selain Pengetua dan Penolong Kanan),
seorang kerani, 4 orang pekerja am dan seorang pembantu.
Jumlah pelajar pada mulanya seramai60 orang.
Kemudian meningkat kepada 90 orang.
Keadaan sekolah sangat daif.Hanya terdiri daripada
3 buah bilik darjah, sebuah makmal dan sebuah bilik
untuk kegunaan Pengetua dan kerani.

Pada tahun 1986, ia dipindahkan
ke SMKA Sheikh Hj. Othman Abdul Wahab (menumpang).
Namanya telah ditukarkan kepada SMK Agama Matang No.2.
Pada 20 Julai 1992, SMK Agama Matang No. 2 telah
dipindahkan ke tapaknya sendiri di Km. 24, Jalan Matang,
dan dikenali dengan nama SMK Agama Matang.

MISI
SMK Agama Matang menjadi sekolah cemerlang melalui kecemerlagan akademik, kokurikulum, akhlak dan sahsiah

MATLAMAT SMKA MATANG
Matlamat SMK Agama Matang adalah untuk mencapai kecemerlangan seperti berikut:
oPengurusan akademik, kokurikulum, akhlak dan sahsiah yang yang dinamik dan progresif
oPengurusan dan pentadbiran sekolah yang cekap, berkesan Islami
oPengurusan perhubungan yang harmoni, mesra dan berkesan
oPengurusan dokumentasi yang kemas kini
oPengurusan asrama yang kondusif untuk perkembangan menyeluruh dan seimbang
oPengurusan keselamatan dan kebajikan warga sekolah
oPengurusan bimbingan dan kaunseling yang cekap dan berkesan
oPengurusan iklim sekolah yang sihat dan ceria
oPengurusan budaya pengiktirafan yang berkualiti

MOTO
S Sentiasa memadukan Ilmu, Iman dan Amal
M Mesra dan kasih sayang
K Ketrampilan dan keunggulan
A Amanah dan Rasional
M Mantap,

haizam.jpg

sekapur sirih....

Assalammualaikum.....
Alhamdulillah ...akhirnya tercipta juga sebuah lagi laman web SMK Agama Matang .
Seperti laman-laman sebelum ini , laman ini juga dicipta khas untuk mempertemukan semula
bekas-bekas pelajar SMKAM . Selain daripada berkongsi pengalaman dan mengimbau kenangan ,
sebarang informasi terkini boleh juga anda dapati tidak kira dalam bentuk suka mahupun duka .
akhir kata dari saya semoga kenangan SMKAM tidak akan luput dari ingatan ....
Wassalam ......

Sign my Guestbook  View my Guestbook

4.gif

9.gif

X-SMKAM * SMK AGAMA MATANG * KUCHING * SARAWAK * MALAYSIA